Monday, July 7, 2008

Carburetor Dung kena belasah ?

baru je aku tulis pasal music underground, dah ade kes band kena belasah. carburetor dung ni adalah band punk yg terawal di malaysia. sejak beberapa tahun ni, mereka kembali active dan banyak muncul di gigs. kedua2 website berita ni aku rasa pakai cameraman yg sama, cuma bharian censor area mata , vokalis. aku dah lama tak amik tahu pasal lineup carburetor dung, dlm berita ni nama die Alak, yg aku ingat vokalis carburetor ialah Joe Kid. mungkin ni nama betul ? / lineup lain ? sape2 yg tahu silalah tinggalkan komen.

petikan dari Berita Harian :

Konsert protes harga minyak cetus kekecohan: Suasana tegang tercetus apabila seorang anggota kumpulan muzik yang membuat persembahan pada perhimpunan protes kenaikan harga minyak di Kelana Jaya, semalam dibelasah selepas didakwa berkelakuan biadab.


petikan dari Utusan :
Gara-gara cuba melondehkan seluar dan menonggeng ke arah penonton sambil menjerit perkataan ‘jilat, jilat’ ketika menyanyikan lagu Mari Nyanyi Menjilat, vokalis kumpulan underground Carburetor Dung dibelasah penyokong parti pembangkang yang menyaksikan persembahan mereka pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang semalam.

Persembahan itu adalah program selingan sebelum ucapan membantah kenaikan harga minyak oleh para pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


aku rasa ni lah lagu yg diorang nyanyi mase tu (lagu 1st)


article lain dr BHarian : --->

Utusan : --->

Blog org lain : --->

No comments: