Tuesday, October 13, 2009

widget test - from paultan.org

itu hari aku gi test drive itu bmw 3series, 320d....sekali tekan pedal minyak, aku jatuh hati daaa...
mari kerja keras utk beli kereta tu!

widget ni saja aku letak, ade comparison utk mid-sized luxury car, 320d excel dlm banyak specs.

Tuesday, June 9, 2009

membawa kereta pulang ke melaysia

setelah menamatkan pengajian di jepun, banyak barang harian yang perlu dibawa balik ke malaysia. baju2, buku2, komputer, dan yang paling besar sekali ialah kereta aku.
bawa balik kereta dari luar negara adalah perkara yang rumit dan memenatkan, disamping banyak menggunakan wang. adalah diingatkan bahawa segala transaksi dalam proses ini adalah dalam bentuk wang tunai.
bagi kebanyakan orang, lebih senang jika mengupah orang lain untuk menguruskan hal membawa pulang kereta mereka, tetapi upah mereka tidaklah murah. aku menguruskan sendiri proses membawa balik kereta aku kerana ingin mencuba sendiri.

carta di bawah adalah carta yang telah dipermudahkan bagi senang difahami, tetapi tidaklah semudah yang disangkakan.

Tuesday, April 28, 2009

aku xde idea


aku sekarang takde idea bernas utk tulis di blog ni. buat masa ni aku tengah belajar macam mane nak apply AP (approved permit) untuk bawak masuk kereta aku dari jepun. mungkin bile hal bawa kereta masuk ini selesai, aku akan tuliskan secara terperinci untuk dikongsi bersama. salam.

Wednesday, February 25, 2009

Top 5 album for 2008


Walaupun dah feb 2009, masih belum terlambat utk review album yang aku dengar untuk tahun lepas. Yang aku review ni tak semestinya album baru.
1. Stadium Arcadium - red hot chili peppers - 2006
2. A City by the Light Divided - thursday - 2006
3. Modern minimalis glamour - the times - 2008

4. to be announce later
5. to be announce later....maybe not

Monday, February 23, 2009

kembali

salam, sejak balik msia bulan 8 haritu, hidup dah semakin teratur, berbeza ngan zaman belajar. tidur kene pada waktu dan bangun awal pagi dah menjadi kebiasaan. time sabtu ahad je boleh bangun lambat sket, tu pun takdelah lambat sangat.

mari review ape yg aku dah buat sejak balik dr jepun:

-makan ; murtabak larkin, mcd,kfc,a&w,rojak,abc,chendol,soto,nasi lemak,satar,otak2,chicken chop,steak,sizzling,dll. semua ni dah menyebabkan kenaikan berat badan 20%. kenelah diet sket pasni,

-kerja; kerja aku sebagai project engineer terasa mcm internship aje.kerja yg tertumpu kepada bidang construction amat tertumpu kepada project kerajaan dan bangunan awam. selain dr tu, banyak benda yg tak berkaitan ngan skop kerja yg aku buat, mcm belajar pasal pressure vessel inspectoin, piping inspection, iaitu dlm bidang oil and gas. dah la kene amik exam API 510 dan API 570, tak pasal2 aku kene menghadapi exam; walaupun baru lepas grad impian hidup yg tiada exam tak tercapai.

-gaming life; sejak balik msia ni, aku dah tak sentuh sangat world of warcraft, pasal internet msia yg sangat tak stabil- di sane latency aku hanya 200+ms(milisecond), di msia 400-700ms adalah kebiasaan, dan kekadang ade lag spike yg membuatkan game terhenti. ni lah penyebab aku hilang mood ngan game online di msia. wow nye expansion baru, wrath of the lich king pada mulanya agak OK, setelah naik ke level 80, epic terlalu mudah utk dapat, membuatkan aku rasa wow sudah menjadi mainan kanak2 aje, epics kini sudah bukan epic.

-sosial; sejak balik msia, ramai gak kawan2 lama yg aku jumpa.

yg belum buat:

-mandi pantai
-bersukan ;lol
-pergi gigs/konsert