Monday, February 23, 2009

kembali

salam, sejak balik msia bulan 8 haritu, hidup dah semakin teratur, berbeza ngan zaman belajar. tidur kene pada waktu dan bangun awal pagi dah menjadi kebiasaan. time sabtu ahad je boleh bangun lambat sket, tu pun takdelah lambat sangat.

mari review ape yg aku dah buat sejak balik dr jepun:

-makan ; murtabak larkin, mcd,kfc,a&w,rojak,abc,chendol,soto,nasi lemak,satar,otak2,chicken chop,steak,sizzling,dll. semua ni dah menyebabkan kenaikan berat badan 20%. kenelah diet sket pasni,

-kerja; kerja aku sebagai project engineer terasa mcm internship aje.kerja yg tertumpu kepada bidang construction amat tertumpu kepada project kerajaan dan bangunan awam. selain dr tu, banyak benda yg tak berkaitan ngan skop kerja yg aku buat, mcm belajar pasal pressure vessel inspectoin, piping inspection, iaitu dlm bidang oil and gas. dah la kene amik exam API 510 dan API 570, tak pasal2 aku kene menghadapi exam; walaupun baru lepas grad impian hidup yg tiada exam tak tercapai.

-gaming life; sejak balik msia ni, aku dah tak sentuh sangat world of warcraft, pasal internet msia yg sangat tak stabil- di sane latency aku hanya 200+ms(milisecond), di msia 400-700ms adalah kebiasaan, dan kekadang ade lag spike yg membuatkan game terhenti. ni lah penyebab aku hilang mood ngan game online di msia. wow nye expansion baru, wrath of the lich king pada mulanya agak OK, setelah naik ke level 80, epic terlalu mudah utk dapat, membuatkan aku rasa wow sudah menjadi mainan kanak2 aje, epics kini sudah bukan epic.

-sosial; sejak balik msia, ramai gak kawan2 lama yg aku jumpa.

yg belum buat:

-mandi pantai
-bersukan ;lol
-pergi gigs/konsert

5 comments:

Anonymous said...

oh, tak pasan dah ade hapdet blog ni. ingatkan bz gile buat bangunan.

redape-imran said...

tengah bertapa kat kemaman nih, time boring2 aku update aa

Anonymous said...

woh. watpe kat kemaman? bina pelantar minyak kah? wowo~ tangkap banyak2 gamba~

WiNz said...

ohoho.. exam memang membosankan.. aku dh fail 1x thn lps sbb x stadi, haha! 1st time aku fail exam -_-..

off topic: ko pegi kenduri fahd x nnt? aku xdpt pegi.. dh bgtau die aritu. krm salam kat die nnt.

redape-imran said...

ade amik course kat sini, 8hari.
aku tak pergi kenduri fahd yg 7hb mac, aku gi yg kat JB, 14hb nnt.